Telegram Group Search
Hakikatnya, kejadian kiamat ni memang kita manusia tak boleh nak bayangkan pon. Sebab kejadiannya nanti sangat2 dahsyat ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ..

Tapi nak tak nak, kita tetap kene ambil tahu dan bersedia untuk hadapinya (jika ditakdirkan)..

Secara ringkasnya, kejadian kiamat boleh difahami dalam 2 surah pendek; Al-Qariah dan Az-Zalzalah..

Surah ni memang ceritakan ringkasannya sahaja. Tidak terperinci seperti surah2 lain yang menceritakan kejadiannya. Walaupun sekadar ringkasan, tapi tetap membuatkan hati Kak Ad sentap, meremang dan menangis!

Ingat lagi. Bulan oktober Kak Ad buat sharing berkaitan Surah Al-Qariah dengan2 anak2 ngaji. Nak start baca ayat pon dah terketar2, badan gigil2. Bila baca memanglah nangis ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ... Baca ayatnya, terjemahannya dan tafsirannya...

Allahuakbar!
Allahuakbar!

Walaupun sekadar 7 ayat, namun bagi Kak Ad sangat2 lengkap.

Ayat 1 hingga 3 : persoalan tentang hari kiamat.
4 dan 5 : kejadian hari kiamat.
6 dan 7 : tentang balasan baik dan buruk.

Bila dah baca ayatnya, perlulah dilengkapi dengan terjemahan, diikuti dengan tafsiran dan tadabburnya. Akhir sekali amalkan dan sebarkan.

Hugs
Kak Ad
18.11.2023
Tutor Alquran
Bahasa arab adalah salah satu bahasa yang boleh dijadikan pengantaraan untuk berkomunikasi dengan orang luar..

Bahasa arab susah?๐Ÿค”

Bagi yang memang tiada asas, ye susah.
Tapi bagi yang dah ada asas, x susah mana pun ๐Ÿคฃ

Sebagai mahasiswa bahasa arab, Kak Ad nak share jugak beberapa tips belajar bahasa arab..

*Pertama*
Mesti ada MINAT. kalau x minat, mcm mane kita nak belajar. betol x? Tak byk pun, asal ada. kene pupuk.

*kedua*
RAJIN. rajin cri artikel bahasa arab. rajin buka kamus. rajin dgq audio @ video arb. rajin bertanya. rajin praktikkan.

*ketiga*
FAHAM BUKAN HAFAZ. mcm kaedah nahu @ sorof. Jgn sesekali kt hafaz. bilamana hafaz, kita mudah lupa. bilamana faham, memang x akan lupa. Mcm mane nak bagi faham? Tanya orang, masuk kelas.

*keempat*
ADA KAMUS. bilamana terjumpa kalimat yg kurang tahu makna, blh rujuk kamus. Tak kira jenis kamus. sama je isi dalam. beli yg simple dahulu pun tak apa.

*kelima*
ADA BUKU NOTA SAMPINGAN. buat yg kecil pun x apa. kalau blh ada lbh. khaskan untuk kalimat bru, nahu, sorof, ikrob, balaghah dan etc. supaya nanti kt mudah nak semak. x bercelaru ๐Ÿ˜‡

*keenam*
PRAKTIK. kt dah tahu buat ayat, kt cube ckp. Jgn risau pasai salah nahu. Dlm penulisan sahaja dititikberatkan nahu, dlm percakapan tidak. Jadi, jgn risau salah. Dah nama pun belajaq kan? Cakap je depan cermin๐Ÿคญ bukan ada orang tahu..

*ketujuh*
USAHA. usaha buat 1 hr 1 ayat. buat dlm bm dahulu. kemudian tls kat bwh kalimat tadi dlm ba nya. nanti lama lama pandai susun yg betoi.

*kelapan*
BUAT TABLE. bila jmp je kalimat bru, tls kata seerti, kata lawan dan kata akar.

*kesembilan*
JANGAN MALU BERTANYA. kalau malu, kt gak yg rugi kan?

*kesepuluh*
DOA. ISTIQAMAH. MUJAHADAH

ingat,
Man jadda, wa jada ๐Ÿ˜‰

_Kak Ad_
Pencinta Bahasa Arab
Tutor Bahasa Arab
Dear wife,,,
U are now a wife so act like one..
U have the new Jannah, which is ur husband..
Please obey him unless he point u to the wrong doing..
Be the good wife, the good listener, the good friend to ur husband...
Do the good things that pleases ur husband...
Do not raise ur voices towards him...
Do not seek for the quarrel with him...

Dear husband,,,
U are now the Jannah to ur wife,
U are now the Imam to ur Makmum,
U are now the leader in the house..
Please guide her to the right path,
Please remind her about the halal haram in this life,
Please do the taklim or short tazkirah with ur wife,
Please look after herself, take a good care of her,
Do not let her in sad or bad mood,
Do not let her feel alone,
Do not feel angry with her without her knowing the right reason...

For both of u;wife and husband..
Do the good things together so that both of u can achieve His blessing...
Always help each other...
After all, always always always pray the best for ur spouse...

Jawazun mubarokun 'alaikumaa ya aruusaini ๐Ÿคฉ
Congratulations!!

_Kak Ad_
Nak dapatkan tips umrah ๐Ÿ˜‰,
Tak tahu nak pilih pakej umrah yang mana ๐Ÿค”

Dapatkan semua jawapannya disini :
https://www.tg-me.com/TipsUmrahUntukDyufurrahman
Muslimatku... Musliminku...

Kak Ad nak ajak korang semua semak, samada penjagaan aurat luaran kita dah rapi atau ada rongak..

Kalian tahu kan batas aurat kalian?

Aurat lelaki - dari pusat sampai lutut..
Aurat wanita - seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan..
Aurat terbesar yang ada pada keduanya adalah KEMALUAN...

Pastikan kita mengenakan pakaian menutup aurat, setiap kali melangkah keluar rumah.

Nak pergi sidai kain? angkat kain?
Nak pergi sapu halaman rumah?
Nak pergi bagi makanan kat jiran sebelah?
Nak tggu anak balik sekolah?
Nak pergi kerja?
Nak pergi pasar?
Nak pergi bawak anak main taman?
Nak pergi zoo?
Sebutlah mana mana tempat pun, selagi kaki dah melangkah keluar rumah, memang kene tutup..

Aurat bukan ditutup pada tenpat specifik je,
contohnya ke masjid, ke mahkamah, ke pejabat agama, ke tanah kubur, ke majlis tahlil, ke majlis agama, ke negeri kelantan, ke tanah suci... etc
Tapi kene tutup pafa setiap tempat

Sebab apa?
menutup aurat adalah suatu kewajipan buat semua yang bergelar muslim..
ia adalah perintah dan suruhan dari Allah..
nak x nak,memang kene buat...

Jadinya sahabat semua, jomlah bersama Kak Ad,
kita cuba cantikkan penutupan aurat kita..
jagalah imej islam yang kita bawa โœŒ๐Ÿป

_Kak Ad_
12/12/18
Hakikatnya ramai yang nak berhijrah tapi mereka takut, sebab apa?
dengan pandangan masyarakat sekarang yang x habis habis nak menghentam dan mengungkit ๐Ÿ˜”..
dengan pulauan orang sekeliling, dengan ejekan yang diberikan..
Mcm mcm lagi lah kan?

Meh Kak Ad bagitahu kat hampa semua, apa orang nak kata, tolak tepi, toksah amek hal sangat hihi.. nanti depa depa jugak yang terasa dan sakit hati kan? huhu..

Kak Ad faham, bukan semua orang suka dengan penghijrahan kita.. Maklumlah, selama ni kita mcm dorang tup tup nak berubah plak kan?
So buat dunno jelah dengan orang mcm ni, bukan nya nak bagi galakan tapi bagi kata kata makian plak huhu

Setiap yang berhijrah tu ada dugaan kan?
hadapilah dengan tenang dan sabar k ;)
Kak Ad memang x hadapi apa yang kalian hadapi, tapi Kak Ad cuba bantu korang dengan bagi sokongan dari belakang โœŒ๐Ÿป

Andai kita antara yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk melalukan perubahan kebaikan, bersyukurlah dan teruskanlah dgn kebaikan.

Dicemuh? Dimaki? Dikeji? Dipulau? Diboikot?
Takpe, tetapkan dgn kebaikan.

ingat, dalam perjalanan hijrah kebaikan itu pasti ada masam, pahit, suram.. itu sememangnya lumrah kehidupan bg mereka yg berhijrah.... kerana itu adalah mahar untuk memperoleh syurga Allah yang indah..

usah jadikan kata kata negatif orang sebagai penghalang untok kita teruskan dgn kebaikan...

Teruskan penghijrahan korang k.
Kak Ad doakan yg terbaik buat korang ๐Ÿ˜

_Kak Ad_
RAKAMAN DAURAH FIQH DARAH WANITA

Berpandukan kitab: Haid, Nifas dan Istihadah Menurut Mazhab Syafi'i

Disampaikan Oleh: al-Fadhil al-Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Hj Hussin

Mudir Markaz al-Dirasat al-Islamiah Bukit Kijang, Kemasik, Kemaman, Terengganu
Ahli Panel Klinik Hukum, Jabatan Mufti Terengganu

Masjid Sultan Ismail Petra, Mukim Banggol, Kota Bharu, Kelantan
16 Disember 2023 | Sabtu
9.00 pagi - 8.00 Malam

Pautan Playlist Penuh Daurah: https://www.youtube.com/playlist?list=PL2vwf0TkREMQ7gjlJvfNzGRyJLnOmqdZ1

Untuk pembelian buku, boleh ke laman FB: Ikon Syabab

atau tekan pautan berikut: https://ikonsyabab.onpay.my/order/form/promobukufiqhdarahwanita?fbclid=IwAR09wSTiH6SCUK6VjoxQfAcORuyZhOVeN-gxaMutTKTteliluxRc3EGCsNM

https://shopee.com.my/product/153050713/22485319416/

Kredit Halaman FB: Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol
Kita jangan pandang hina pada orang yang buat dosa, kerana mereka guru kita, kita ambil ikhtibar daripada kesilapan mereka, kita belajar daripada mujahadah yang mereka sedang tempuh, cara hargai pengorbanan mereka, kita pujuk rayu mereka supaya jadi lebih baik, ajak mereka kearah yang lebih selamat, bawa mereka menuju Allah,

Kita semua nak yang baik2 & terbaik, tak ada orang yang nak jadi buruk hina & terkutuk.
Semua syukur dapat nikmat dari Allah tak ada lagi orang yang bersyukur dapat kemurkaan Allah.

Kepada wanita wanita yang baca penulisan saya ni, hargai nilai2 yang mahal pada diri kalian, jangan bagi nilai tersebut jatuh harga.

Jika kita nak beli makanan dengan harga yang mahal, kita akan cari yang tertutup rapi, kita tak akan cari yang terdedah, sebab yang tertutup itu tahan lebih lama, tak mudah rosak, tak ada yang menghinggap, tidak disentuh, tidak masuk angin, tak melekat bau lalu lalang, terhindar jangkitan & benda asing, lebih selamat.
Begitulah Allah membentuk para wanita, aurat mereka, harta tak ternilai.

Biar orang yang hadir kepada mu adalah orang yang inginkan agama yang menutupi dirimu, bukan auratmu.

Wallahuaโ€™lam
Aki Naszeri
Perasan tak? Dalam Islam, hukuman bagi penzina muhsan (penzina yang berada dalam hubungan perkahwinan) adalah rejam sampai mati, yang mana ia jauh lebih berat berbanding hukuman bagi penzina bukan muhsan (penzina yang tidak berada dalam hubungan perkahwinan) iaitu disebat sebanyak 100 kali?

Sesungguhnya itulah beza hukuman buat mereka yang belum ada pilihan halal maka memilih yang haram, VS mereka yang sudahpun ada pilihan yang halal, tetapi MASIH memilih yang haram.

Berwaspadalah agar tidak terjerumus dalam zina, terutamanya yang bukan sahaja memusnahkan kita dan keluarga kita, bahkan yang turut memusnahkan pasangan kita dan keluarganya.

Saat berputiknya gelora ingin mencurangi pasangan, ingatlah bahawa ada syaitan yang sedang memegang joran.

Bagaimana pula buat mereka yang sudah terlanjur, atau yang mula terperangkap dalam ketagihan mencurangi pasangan? Berkali-kali mahu berhenti, tetapi tetap terulangi. Adakah sudah tiada jalan untuk kembali? Adakah sudah musnah segala harapan?

Lapang-lapangkanlah menambah pengetahuan dengan membaca nukilan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan ini... Moga-moga dengan keikhlasan untuk kembali, kalian ditemukan dengan jalan keluar...

Kredit Abeden Studio
Dah selawat tak hari ini โ˜บ๏ธ
.
.
#Selawatsampaijumpa โค๏ธ
Baru-baru ni Abeben perasan viral satu video sorang remaja perempuan buat live streaming berpick-up line dengan seorang remaja lelaki bukan mahram yang baru sahaja dikenalinya tak sampai sehari, secara live di media sosial. Maka, berbondong-bondonglah orang kita pergi tengok, siap share, komen, kata sweet-lah, comel-lah, jodoh-lah.

Come on guys... Sampai bila kita nak terus menormalisasikan budaya Ikhtilat tak jaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan ni? Kalau dulu, biasa kita tengok dekat TV je pelawak-pelawak yang mungkin tak faham hukum-hakam dan tiada yang menasihati mereka, buat lawak pick-up line ni dengan selebriti wanita jemputan yang bukan mahram.

Now? Budak-budak sekolah pun dah terikut sama. Remaja muda-mudi Islam kita pun dah anggap benda tu sebagai satu bahan gurauan dan hiburan yang dibenarkan dalam Islam. Dan apabila dilakukan oleh mereka yang masih muda, ada juga yang tua-tua ni pergi support. Kononnya comel dan sweet.

Nampak sangat masyarakat kita masih tak ambil berat soal batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Soal ikhtilat.

Baiklah... Boleh jadi ada antara pembaca di luar sana yang pernah dengar terma 'ikhtilat' ni. Tapi, tak berapa faham maksudnya, dan tak tergerak hati untuk bertanya. Takpe, Abeben cuba explain setakat yang mampu.

Ikhtilat menurut definisi syariatnya ialah percampuran/pergaulan antara lelaki dengan perempuan, sama ada secara berkumpulan atau bersendirian, yang melibatkan saling berpandangan, berbual, bertegur sapa, dan bahkan ada yang melibatkan bersentuhan.

Hukum asal IKHTILAT antara lelaki dengan perempuan ajnabi adalah HARAM. Tak dibenarkan. Berdosa.

Namun, ia boleh bertukar menjadi HARUS, apabila melibatkan situasi-situasi tertentu yang dibenarkan syarak. Contohnya:

1. Dalam keadaan terpaksa. Darurat. Nak elak keburukan yang lebih besar. Nak menyelamatkan nyawa, atau harta, atau maruah dan sebagainya. Nak elak daripada kemalangan, atau kecederaan. Contohnya doktor dengan pesakit, polis dengan mangsa jenayah etc.

2. Dalam keadaan keperluan (hajat). Contohnya dalam gerak kerja mesyuarat persatuan, pembelajaran dalam kelas, urusan jual beli, jadi saksi, melayan tetamu, di tempat awam seperti pasar, public transport, LRT, atau percampuran yang pada kebiasaannya tak menimbulkan fitnah.

So, kalau dah berpick-up line ni, ber-sweet-sweet dengan bukan mahram ni, ini dah memang terang-terang tak boleh. Tiada keterpaksaan, tiada keperluan hajat yang dibenarkan syarak. Hanya sekadar nak bersuka-suka, berhibur, berjenaka, tarik viewers. Ini dilarang.

Jadi, next time, kalau nampak ada lagi yang jenis buat live pickup-pickup line dengan bukan mahram ni, ketahuilah itu adalah majlis maksiat dan dilarang dalam agama.

Harap-harap benda ni tak merebak kepada influencers dakwah. Tak naklah ada juga pendakwah yang buat live dengan bukan mahram, pada asalnya nak bincang topik serius, tapi tetiba bertukar jadi sesi lawak-melawak berpick-up line pulak. Kalau ada memang nak kena siku.

Kredit : Abeben
KELEBIHAN MENGHAFAL 10 AYAT AWAL SURAH AL-KAHFI

Daripada Abu Dardaโ€™ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ุญูŽููุธูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽ ุขูŠูŽุงุชู ู…ูู†ู’ ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู ุณููˆุฑูŽุฉู ุงู„ู’ูƒูŽู‡ู’ู ุนูุตูู…ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽุฌู‘ูŽุงู„ู

Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.

Hadith Riwayat Muslim (1342)

Kredit : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
โ€ู„ูˆ ูƒุงู† ู„ู„ูƒู„ุง ุนูุทู’ุฑูŒ.
ู„ูƒุงู†ุช ุงู„ุตู„ุงุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ู†ุจูŠ ุงุฌู…ู„ ุงู„ุนุทูˆุฑ.โ€œ๐Ÿƒ

  โ€œAndai saja setiap ucapan memiliki wewangian.
Maka ucapan sholawat kepada Nabi adalah wewangian yang paling wangi.โ€ ๐Ÿƒ

ุงู„ู…ุฏุฏ ูŠุงุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ..
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุญุจูŠุจูƒ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุงู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุจุงุฑูƒ ูˆุณู„ู… ุฃุฌู…ุนูŠู†...

ุงู„ู„ู‡ู… ุญุจุจู†ูŠ ุงู„ู‰ ุญุจูŠุจูƒ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…...

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุฃุตุญุงุจู‡ ูˆุจุงุฑูƒ ูˆุณู„ู… ุฃุฌู…ุนูŠู†....
ยท
ยท
ยท
https://www.tg-me.com/ahbabul_mujtaba
โ€œDi antara kaedah para Masyayikh terdahulu untuk menguji kesungguhan para murid mereka dalam menuntut ilmu adalah dengan cara mereka (para Masyayikh) membatalkan pengajian sama ada sekali, dua atau tiga kali tanpa ada sebarang sebab.

Sekiranya mereka mendapati para murid tidak menghiraukan pembatalan pengajian, mereka menjadikannya sebagai kayu ukur bahawa tidak ada sebarang kebaikan daripada diri para murid tersebut.

Maka ketika ini, mereka (para Masyayikh) akan menyibukkan diri dengan perkara yang lebih utama seperti mengajar kumpulan para murid yang lain atau menyibukkan diri dengan mengarang kitab.

Namun sekiranya para murid kembali bersungguh-sungguh menghadiri pengajian tanpa sebarang alasan, maka guru tersebut akan kembali kepada muridnya dengan mengajarkan bersungguh-sungguh keseluruhan ilmunya kepada mereka.โ€

(Kalam Al-Muhaqqiq Syeikh Nizar Hammadi At-Tunisi)
Mengenai ucapan hari Natal, hal itu dilarang dan haram hukumnya jika diniatkan untuk memuliakan agama lain, namun jika diniatkan untuk menjalin hubungan baik agar mereka tertarik pada Islam atau tidak membenci Islam, maka hal itu ada sebahagian ulama yang memperbolehkan.

Habib Munzir Al Musawa ~

#KalamUlama

@alHuffazQuotes
2024/06/01 03:24:52
Back to Top
HTML Embed Code: